Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah mengadakan majlis undian yang pertama bagi memilih kontraktor Bumiputera untuk 44 pakej kerja ProjekMRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang Lembah Klang pada 30 Januari 2013. Kontrak-kontrak yang diagihkan adalah untuk kontraktorBumiputera Kelas G1 (dahulunya Kelas F), Class G2 (dahulunya Kelas D) dan Kelas G3 (dahulunya Kelas E).
Kontraktor-kontraktor ini dipilih daripada senarai 550 kontraktor yang telah disenarai-pendek daripada jumlah 1,300 syarikat yang membuat permohonan pada tahun lepas. Syarikat-syarikat yang berjaya akan mengikuti program latihan sebelum memulakan kerja.
Pengagihan kontrak-kontrak ini adalah sebahagian daripada sasaran Kerajaan untuk mencapai 43% penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projek MRT.
MRT Corp telah memperuntukkan 250 pakej kerja, bernilai lebih kurang RM200 juta untuk kontraktor Bumiputera dan undian memilih kontraktor akan dijalankan setiap suku tahun.















