PADA 22 Ogos 2013, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kelab Golf Negara Subang (KGNS).
Kegembiraan di musim perayaan ini bukan hanya dikongsi bersama kakitangan dan rakan-rakan syarikat, tetapi bersama 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik yang dijemput khas untuk memeriahkan lagi majlis. Mereka merupakan penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras.
Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Azhar Abdul Hamid dan isteri Datin Aminatun Elizeth Ibrahim telah memberikan duit raya kepada kanak-kanak rumah itu. MRT Corp juga menyampaikan cek sumbangan bernilai RM5,000 kepada Rumah Bakti Nur Syaheera.
Rumah terbuka ini dihadiri kira-kira 900 tetamu, dimana terdapat pelbagai juadah makanan disediakan, termasuk makanan tempatan dan Barat.







