KETUA Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU) dari Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Idris Jalan telah melawat MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang telah dibuka baru-baru ini pada 22 Februari 2017.
Antara program lawatan beliau adalah lawatan ke pusat kawalan operasi laluan yang terletak di Depoh MRT Sungai Buloh dan juga menaiki tren dari Stesen MRT Sungai Buloh ke Stesen Semantan.
Mengetuai lawatan ialah Pengarah Projek Laluan SBK Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Marcus Karakashian. Semasa lawatan tersebut, beliau juga telah disambut oleh Ketua Pengendali MRT Laluan SBK Rapid Rail Sdn Bhd Tuan Haji Azmi Mohd Zain.
Rapid Rail merupakan anak syarikat kepada Prasarana Negara Bhd iaitu pengendali Laluan SBK.
Bersama beliau dalam lawatan itu ialah Pengarah Pengangkutan Awam Bandar NKRA dan NKEA bagi Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang Encik Ziad Hafiz Abdul Razak, Pengarah Pasukan Pengurusan Program Encik Nishan MPR Veera Kumar dan beberapa pegawai Pemandu yang lain.
Pemandu telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Projek MRT Lembah Klang yang merupakan salah satu Projek Pintu Masuk bagi Kuala Lumpur Gemilang/ Bidang Ekonomi Utama Negara Lembah Klang.
Semasa di Pusat Kawalan Operasi, Jala telah diberi taklimat tentang bagaiman sistem automatik operasi tren berfungsi dan ciri-ciri keselamatan bagi sistem yang digunakan. Beliau kemudiannya dibawa melihat kawasan simpanan tren di depoh.
Para delegasi kemudiannya menuju ke Stesen MRT Sungai Buloh, di mana Jala telah ditunjukkan bagaimana stesen berhubung dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Penumpang boleh menggunakan kedua-dua perkhidmatan dengan mudah melalui ruang legar.
Beliau kemudiannya menaiki Tren MRT dan menuju ke Stesen Semantan. Sepanjang perjalanan, Karakashian menjelaskan kepada Jala tentang kepelbagaian ciri-ciri dan mercutanda menarik yang ada di sepanjang jajaran.
Lawatan berakhir di Stesen Semantan di mana delegasi bergambar secara berkumpulan dan setiap ahli delegasi telah diberi cenderahati.











