SATU majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Perbadanan Putrajaya telah diadakan di Bilik Kesidang, Level 9, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 10 Mac 2017.
Kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian untuk memeterai kerjasama bagi laluan kedua MRT, MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan pembangunan akan datang di Putrajaya terutamanya di Presint 7 yang telah dirancang akan menjadi Pusat Komersial Separa.
Laluan SSP akan merangkumi dari Sungai Buloh ke Putrajaya termasuk Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.
Untuk menyediakan kemudahan bagi penumpang, perjanjian ini bertujuan untuk memperluaskan kerjasama dalam pembinaan kemudahan tempat letak kereta dan kemudahan hentian di stesen akan datang di Putrajaya.
Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Haji Hasim Ismail.
Turut menyaksikan majlis ini ialah Pengarah Projek Laluan SSP MRT Corp Dato’ Amiruddin Ma’aris dan Naib Presiden Perancangan Bandar Dato’ Fadlun Mak Ujud.
Berucap pada majlis itu, Datuk Seri Haji Hasim Ismail berkata perjanjian persefahaman ini akan memudahkan laluan bagi pembangunan akan datang di Putrajaya. Dikenali sebagai bandar yang terancang, Perbadanan Putrajaya akan memberi sokongan penuh untuk menyediakan hubungan permulaan dan terakhir kepada para penumpang pengangkutan awam.
Turut hadir ke majlis itu ialah Pengarah Pembinaan Laluan SSP MRT Corp Encik Saidi Muda, Setiausaha Syarikat MRT Corp Encik David Loo Kean Beng, wakil dari Rakan Pelaksana Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Encik Param Sivalingam dan dari Perbadanan Putrajaya ialah Naib President Perkhidmatan Korporat Dato’ Rogaizat Abdullah, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar Datuk Azizi Ahmad Termizi, Naib Presiden Jabatan Landskap dan Taman Datuk Baharuddin Aziz dan Naib Presiden Kewangan Nik Shukri Nik Soh dan kakitangan kanan bagi kedua-dua pihak.
Majlis tandatangan ini berakhir dengan gambar berkumpulan dan makan tengah hari.





