Ketua Korporat Akses Pengasalan Asia Tenggara City Group Sarah See mengadakan satu lawatan ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang baru-baru ini dibuka pada 16 Mac 2017 di Stesen MRT Sungai Buloh.
Program ini terdiri daripada 25 orang wakil dari City Group Singapura, Hong Kong dan juga Malaysia. Mereka ini menyertai lawatan selama tiga hari yang mana antara ancaranya adalah melawat pelbagai perancangan Malaysia dalam membangunkan infrastruktur terkini di Malaysia. Atas sebab kepesatan pembangunan di Malaysia, mereka berhasrat untuk melihat sendiri kepesatan pembangunan ini melalui pelbagai syarikat.
Mereka menaiki tren MRT dari Stesen MRT Sungai Buloh menuju ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.
Mengetuai lawatan ialah Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Korporat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li. Beliau turut diiringi oleh Encik Shahrizal Md Shah dari Jabatan Kumpulan Komunikasi dan Strategik Pemasaran Prasarana Malaysia Berhad.
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menguruskan laluan MRT dan merupakan pengendali Laluan SBK.
Turut bersama mereka dalam lawatan itu ialah Encik Adi Johan dan Encik Asri Ahmad dari DanaInfra Nasional Berhad.
DanaInfra memainkan peranan penting dalam pembangunan Projek MRT; yang merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Greater KL/Lembah Klang di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Di Stesen MRT Sungai Buloh, para delegasi telah ditunjukkan bagaimana stesen bersepadu dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Penumpang kini boleh bertukar dari satu laluan ke laluan yang lain melalui ruang legar yang sama dengan mudah. Setiap daripada mereka telah diberikan token untuk menaiki tren.
Sementara mereka menunggu tren di aras platform, mereka telah diberi taklimat tentang kerja sistem operasi tren autoamatik dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh MRT Corp dan Prasarana.
Kemudiannya mereka menaiki tren dan menuju ke Stesen MRT Pusat Bandar Damansara. Sepanjang perjalanan, Leong Shen-Li mengadakan sesi soal jawab dan turut menjelaskan ciri-ciri khas dan mercu tanda yang terdapat di sepanjang landasan.
Lawatan itu berakhir di Stesen Pusat Bandar Damansara di mana para delegasi diberi penjelasan terakhir berkenaan pembangunan komersial MRT Corp dan setiap seorang ahli dari Singapura, Hong Kong dan Malaysia telah diberikan cenderahati.









