SEMPENA Hari Alam Sekitar 2016, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah melancarkan Kempen Pengurusan Alam Sekitar MRT pada 4 Oktober 2016.
Kempen selama sebulan ini telah dilancarkan oleh Datuk Ir. Hamim Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar semasa Persidangan Pengurusan Alam Sekitar 2016 di Pusat Latihan Klang Valley MRT (KVMRT), Sungai Buloh.
Kempen ini adalah satu initiatif MRT Corp untuk mempromosikan amalan mesra alam di tapak pembinaan Projek MRT dan pemahaman berkenaan pengurusan dan pembuangan sisa elektronik.
Di dalam ucapan semasa pelancaran itu, Hamim berkata, “Saya memuji MRT Corp kerana mengambil langkah ke arah menjadikan perlindungan alam sekitar suatu tanggungjawab bersama dan saya berharap sistem ini akan digunakan oleh semua projek di negara ini kelak.”
Projek KVMRT menghasilkan sisa elektronik pada beberapa peringkat sepanjang projek, dari pembinaan ke pengujian dan pentauliahan.
Semasa pelancaran, 12 wakil daripada komuniti-komuniti tempatan sepanjang Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang telah menerima bin-bin sisa yang dikhaskan untuk pengumpulan dan pembuangan sisa elektronik.
Enam komuniti yang hadir adalah dari Kampung Masjid, Kampung Selamat, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Bukit Bandaraya, dan Kampung Sungai Jernih.
Hadiah bernilai RM2,000 menunggu komuniti yang berjaya mengumpul kuantiti terbanyak sisa elektronik yang betul.
Sejurus selepas pelancaran, Hamim melawat gerai-gerai persidangan dan juga Trak Informasi MRT.
Persidangan Pengurusan Alam Sekitar, pula, adalah persidangan satu hari yang bertujuan untuk mendidik Kontraktor Pakej Kerja MRT, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd sebagai Rakan Pelaksana Projek dan wakil-wakil komuniti berkenaan syarat-syarat dan keperluan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar berdasarkan DEIA (Detail Environmental Impact Assessment).
Sesi pertama persidangan adalah sebuah taklimat oleh Puan Norlin Ja’afar dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) WP Kuala Lumpur. Beliau bercakap mengenai mengarusperdanakan agenda alam sekitar dan tanggungjawab pegawai alam sekitar. Salah satu kemuncak ceramah tersebut adalah Pematuhan Kendiri, yang mengandungi 8 alat mengarusperdanakan alam sekitar seperti merumuskan polisi alam sekitar, mewujudkan jawatankuasa dan menyimpan rekod.
“E-Waste Management” adalah topik untuk sesi kedua, dipersembahkan oleh Cik Mandy Chan Hoi Fei dari T-Pot Electrical & Electronic Sdn Bhd, sebuah kontraktor sisa elektronik. Mandy menerangkan bagaimana syarikatnya bekerjasama dengan JAS untuk pengitaran semula sisa-sisa elektrikal dan elektronik.
Sesi berikutnya adalah sebuah taklimat mengenai sisa elektronik isi rumah oleh Puan Salkiah Mohamad Salleh Tan dari JAS WP Kuala Lumpur. Penjelasan telah diberikan berkenaan sisa elektronik isi rumah serta contoh dan definisi item-item tersebut.
Encik Fadli Mohd Ismail dari Divisyen Penilaian JAS, Ibu Pejabat, adalah penyampai terakhir untuk persidangan ini. Beliau bercakap berkenaan pemahaman syarat-syarat kelayakan EIA dan juga menghuraikan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 serta apa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan EIA.
Persidangan ini berakhir dengan sebuah dialog dan sesi soal-jawap oleh kesemua penyampai.







