TEMPAT LETAK KENDERAAN
Pilih stesen anda untuk maklumat lanjut.
Jinjang
Dikendalikan oleh
Metro Parking (M) Sdn Bhd
03-20812777
03-20812777
239
Tempat Letak Kereta
-
Tempat Letak Motosikal
PENGGUNA MRT
RM 4.50 (sekali masuk sehari)
RM11.00 (maksimum sehari/ kadar bermalam)
BUKAN PENGGUNA MRT
RM 3.30 Jam Pertama
RM 1.10 Jam Berikutnya
RM 11.00 (maksimum sehari/ kadar bermalam)
Informasi Tambahan
- Kadar letak kenderaan bagi motosikal adalah RM 1.10, sekali masuk sehari di semua tempat letak kenderaan.
- Bagi pengguna tempat letak kenderaan, sila gunakan kad Touch ‘n Go yang sama bagi tempat letak kenderaan dan tren untuk mendapatkan kadar letak kenderaan RM 4.50 sekali masuk; pada hari yang sama.
- Kad Touch ‘n Go yang sama juga perlu digunakan bagi perjalanan pulang dari Stesen MRT ke tempat letak kenderaan.
- Bagi perjalanan pulang, anda harus meninggalkan tempat letak kenderaan dalam jangka masa 2 jam selepas keluar dari pintu tambang stesen MRT.
- Kadar standard mengikut jam akan dikenakan jika anda masuk dan keluar dari stesen tanpa menggunakan tren.
- Sekiranya anda meletakkan kenderaan melebihi 12.00 tengah malam, caj “Maksimum Sehari / Kadar Bermalam” akan dikenakan di atas caj terdahulu, mana-mana yang berkenaan.
- Kadar letak kenderaan ini temasuk caj SST 6%.
- Meletakkan kenderaan di tempat letak kereta adalah risiko sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan pengguna.
- Untuk sebarang pertanyaan, sila email kepada
atau hubungi operator yang dilantik, Metro Parking (M) di Sdn Bhd 03-20812777. - Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada MRT Corp.





