AwamMRT: Perlu Tahu

Apa itu mass rapid transit?

Mass Rapid Transit (MRT) adalah system rel yang digunakan untuk membawa penumpang di kawasan bandar. MRT juga dikenali dengan nama lain seperti mass transit, subway, underground ataupun metro.

Ciri utama MRT adalah kebolehannya untuk membawa bilangan penumpang yang besar dengan cara efisen. MRT bersama perkhidmatan-perkhidmatan rel bandaran yang lain sepert aliran transit ringan (LRT), trem, monorel dan tren komuter, selalunya menjadi tulang belakang sesuatu sistem pengangkutan awam sesuatu bandar raya.

MRT boleh dibina di bawah tanah terutamanya apabila jajaran melalui pusat bandar raya, ataupun di atas struktur bertingkat di luar pusat bandar.

Permintaan perjalanan di Lembah Klang dianggarkan akan mencapai tahap 18 juta pergerakan sehari menjelang tahun 2020.  Jika kesemua pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan kenderaan persendirian, semua jalan di Lembah Klang akan menjadi sesak dengan kereta. Sistem MRT amat diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

 

Perjalanan MRT
PROJEK MASS RAPID TRANSIT LEMBAH KLANG

Projek KVMRT melibatkan pembinaan jaringan pengangkutan awam yang berasaskan rel yang akan berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sistem-sistem pengangkutan rel ini akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Projek KVMRT telah diluluskan pada Disember 2010 dan merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP). Program ini dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

Projek MRT ini pada mulanya dicadangkan oleh satu konsortium sektor swasta pada awal 2010 dan merangkumi tiga jajaran MRT. Kerajaan telah membuat kajian atas cadangan tersebut dan meluluskan pelaksanaan Laluan SBK sebagai jajaran pertama MRT. Pembinaan Laluan SBK sepanjang 51km telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri juga telah merasmikan pelancaran Fasa Pertama Laluan SBK pada 15 Disember 2016 dan Fasa Kedua Laluan SBK pada 17 Julai 2017. Kelulusan bagi pelaksanaan laluan MRT kedua, Laluan SSP, telah diberikan oleh Kerajaan pada bulan Februari 2014 manakala kelulusan muktamad bagi Skim Keretapi Laluan SSP telah diterima pada bulan Oktober 2015. Majlis rasmi pecah tanah bagi Laluan SSP telah diadakan pada 15 September 2016. Laluan ketiga MRT dijangka akan terdiri daripada satu laluan lingkaran yang akan menghubungkan kesemua rangkaian rel bandar sedia ada di Lembah Klang. SPAD telah merangkakan koridor bagi Laluan 3 di bawah Pelan Pembangunan Rel Bandar dan pada masa ini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan.

Kemajuan Terkini
Projek Laluan SSP
Masih tidak dapat
menjumpai apa
yang anda cari?
Berminat untuk
melakukan perniagaan
dengan kami?

Pusat Informasi
MRT

Baca lagi

Kiosk Informasi
MRT

Baca lagi

Trak Informasi
Mrt

Baca lagi