Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menjadi tuan rumah kepada Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Encik Keiichi Ishii ke stesen bawah tanah Cochrane pada 6 November 2015.
Beliau mengetuai delegasi 20 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun.
Lawatan ini bermula dengan Pengarah Stesen Bawah Tanah MRT Corp, Encik Keith Allenby menyampaikan maklumat pengenalan dan taklimat tentang projek ini kepada Encik Ishii di pusat pelawat stesen Cochrane. Encik Allenby telah dibantu oleh seorang penterjemah.
Selesai sesi taklimat, para delegasi dibawa melawat stesen Cochrane, yang merupakan salah satu daripada tujuh stesen bawah tanah projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.
Lawatan ini diketuai oleh Pengarah Projek MMC-Gamuda, Encik Satpal S. Bhogal.
Lawatan berakhir dengan hidangan jamuan ringan.





