Satu sesi perkongsian informasi tentang tren MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah dianjurkan untuk 15 orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Pusat Informasi MRT, Seri Kembangan pada 16 November 2018.
Para pelajar tersebut merupakan pelajar tahun kedua dalam Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
Tiga individu dari Jabatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal MRT Laluan SSP Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) membincangkan tentang pelbagai skop kerja yang dijalankan untuk sistem tren MRT Laluan SSP.
Pengurus Projek I MRT Corp Encik Azlan Mahmud, memberitahu tentang syarikat-syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan tren. Beliau menjelaskan bahawa terdapat 7 pakej kerja sistem yang telah dianugerahkan kepada kedua-dua syarikat tempatan dan antarabangsa bagi pelbagai skop kerja untuk Projek. Antaranya ialah HAP Consortium, sebuah konsortium yang terdiri daripada tiga syarikat untuk membekal dan membina stok kereta api bagi Laluan SSP.
Azlan turut berkongsi konsep reka bentuk dalaman tren dan memberi penekanan bahawa ianya adalah sama dengan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) tetapi dengan sedikit perbezaan. Tempat duduk bagi individu kurang upaya kini berwarna terang untuk memudahkan orang awam membezakannya.
Pengurus Kanan Projek II Ir Nor Effendi Yusof, kemudiannya menjelaskan spesifikasi teknikal tren MRT. Seperti MRT Laluan SBK, perkhidmatan kelajuan maksimum tren ialah pada 100km/j. Ini akan membolehkan pergerakan semasa waktu puncak untuk berada pada 3.5 minit. Sebanyak 49 set tren akan dibekalkan oleh kontraktor kereta api dengan dua buah tren yang dikeluarkan sepenuhnya di Korea, manakala baki 47 tren akan disiapkan di kilang pengeluaran tren di Rasa, Selangor.
Taklimat terakhir telah diberikan oleh Jurutera Projek Encik Roy Ferdinand Bumphray, yang membincangkan tentang Program Kerjasama Industri, sebuah inisiatif oleh Kerajaan bagi memastikan nilai wang terbaik untuk program perolehan. Pelbagai syarikat dan bakat individu tempatan mengembangkan kemahiran mereka dan memindahkan pengetahuan yang telah diperolehi dari luar negara, kembali ke Malaysia untuk membantu membentuk dan membina pelbagai bahagian pembinaan yang berkaitan dengan MRT Laluan SSP.









