Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan YB Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong ke beberapa tapak projek di Johor Bahru pada 27 Januari 2022.
Delegasi tersebut telah diterima oleh Pengarah Projek RTS Link Ir. Zulkifli Mohamed. Turut hadir ialah Ketua Pembinaan Awam Encik Asnan Ayob, Ketua Perancangan dan Kawalan Encik Tan Mun Kit, Ketua Perhubungan Pihak Berkuasa dan Pihak Berkepentingan Encik Redzelan Mohamad, Pengerusi Eksekutif Ekovest Berhad Tan Sri Dato Lim Kang Hoo dan wakil dari Adil Permata Sdn Bhd, kontraktor projek.
Lawatan itu dimulakan dengan taklimat teknikal dan keselamatan oleh Asnan, yang turut memberi taklimat kepada delegasi mengenai kemajuan pembinaan semasa.
Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan ke tapak Depoh Penyelenggaraan di Wadihana, Stesen Bukit Chagar dan tapak Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), dan laluan jajaran di sepanjang Jalan Tun Abdul Razak di mana mereka berpeluang melihat kerja-kerja Ujian Awal Cerucuk (PTP) yang sedang dijalankan di tapak.
Projek RTS Link adalah rangkaian tren ulang-alik sepanjang kira-kira 4km antara Johor Bahru, Malaysia dan Singapura dengan kapasiti 10,000 penumpang sejam setiap arah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Projek RTS Link, sila layari www.mymrt.com.my







