DENGAN hanya kurang daripada tiga minggu sebelum perasmian Projek Mass Rapid Transit (MRT) MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT Laluan SBK), Pengerusi Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) yang juga merupakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Dr Ali Hamsa telah membuat satu lawatan mengejut ke Stesen MRT Muzium Negara pada 29 Jun 2017.
Ali memulakan lawatan dari KL Sentral, di mana beliau disambut dan disertai oleh Pengarah Projek MRT Laluan SBK Encik Marcus Karakashian untuk berjalan ke stesen melalui jambatan pejalan kaki.
Marcus telah mengetuai Ali dan delegasi beliau terdiri daripada para individu dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan MyHSR Corp.
Jambatan pejalan kaki tersebut yang dibina oleh MRCB telah menarik perhatian Pengerusi MRT Corp kerana kesalinghubungnan stesen dengan Hotel Hilton dan Le Méridien. Ia berpotensi untuk meningkatkan jumlah pengguna perkhidmatan MRT kepada individu yang menetap di hotel-hotel ini.
Bercakap mengenai jambatan pejalan kaki, Pengarah Urusan MRCB Tan Sri Mohd Salim Fateh Din telah memaklumkan Ali bahawa MRCB telah berjaya menjimatkan kos pembinaannya. Rancangan awal laluan bawah tanah telah digantikan dengan jambatan bertingkat dan berjaya mengurangkan kos sebanyak RM330 juta.
Ali juga telah meninjau jambatan pejalan kaki yang menghubungkan Stesen MRT Muzium Negara dengan The St Regis Kuala Lumpur. Beliau agak teruja dengan kerja-kerja pelanskapan dan perumputan yang telah mencantikkan Muzium Negara yang juga merupakan salah satu pintu masuk ke stesen.
Pengerusi MRT Corp juga telah menaiki keretapi ke Stesen MRT Kajang dimana beliau telah berhenti dan melawat stesen-stesen MRT Merdeka dan Tun Razak Exchange.
Bangku-bangku yang direka khas telah dipamerkan kepada para hadirin. Bangku-bangku ini adalah hasil kerja para pelajar yang memenangi Pertandingan Reka Bentuk Bangku Projek MRT.
Lawatan ini berakhir dengan Marcus membawa Ali meninjau Stesen Kajang dan berkongsi maklumat tentang integrasi sistem MRT dan KTM yang terdapat di situ.











