EMPAT PULUH LIMA pelajar dari SMK St Gabriel telah melawat Pusat Informasi Mass Rapid Transit (MIC) pada 28 Ogos untuk menambah pengetahuan tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) dan peluang kerjaya bersama Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
Sekolah tersebut terletak berdekatan dengan Stesen MRT Maluri, yang merupakan sebuah stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).
Diketuai oleh Puan Nor Aziati, para pelajar tingkatan lima yang menuntut dalam aliran Sains dan Seni telah dibawa ke MIC Jalan Sultan Azlan Shah.
Disini, mereka telah dapat menggunakan kemudahan MIC seperti ‘hawkeye’ yang memaparkan jajaran keseluruhan MRT Laluan SSP.
Eksekutif Muda Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Encik Rizal Redzuan dan Eksekutif Perhubungan Awam dan Pengurusan Pihak Berkepentingan MMC-Gamuda KMVRT (PDP SSP) Sdn Bhd Puan Ijazatul Shima telah mengalu-alukan para pelajar ke MIC.
Rizal kemudiannya telah memberikan gambaran keseluruhan Projek KVMRT. Selain daripada memberi maklumat tentang MRT Laluan SSP, kejayaan-kejayaan MRT Laluan SBK juga telah dinyatakan.
Selain itu, peluang kerjaya yang ditawarkan melalui Projek MRT juga dikongsikan oleh Rizal. Beliau menjelaskan organisasi-organisasi berlainan yang bekerjasama bagi memastikan Projek MRT dilaksanakan tepat pada masanya dan mengikut kos yang ditetapkan.
Lawatan ini berakhir dengan kuiz yang menawarkan hadiah menarik untuk diraih oleh para pelajar.
Makan tengahari kemudiannya dihidangkan kepada semua hadirin











