SEBUAH seminar berkenaan cabaran-cabaran yang ditempuhi semasa penyempurnaan Projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) telah dilangsungkan di The Royale Chulan Damansara pada 22 Ogos 2017.
Seminar ini telah dianjurkan oleh Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Malaysia (GJPBM) dengan kerjasama Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) untuk menyediakan platform untuk para peserta industri rel memperolehi pengetahuan berkenaan cabaran-cabaran yang ditempuhi semasa pembinaan Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Datuk Dr. Ir. Abdul Latif Mohd Som, pengerusi GJPBM dan ahli lembaga pengarah MRT Corp, telah memulakan seminar dengan memberikan kata-kata aluan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri kemudiannya menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar.
Ucapan utama oleh Professor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dari Universiti Sains Malaysia dan seorang anggota suruhanjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyusul kemudian.
Er Poh Seng Tiok dari Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp merupakan penyampai yang pertama dan dia membentangkan perancangan dan konsep keseluruhan laluan menyeluruh reka bentuk dan jajaran. Dia bermula dengan rangka kerja untuk perancangan dan reka bentuk disusuli oleh reka bentuk skim keretapi, pemeriksaan awam, pengurusan nilai, penambahbaikan reka bentuk dan berakhir dengan penggunaan inovasi dan kemajuan kejuruteraan digital untuk laluan kedua MRT, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Puan Amira Razad Mohd Mustafa dari MMC-Gamuda, rakan pelaksana projek untuk laluan SBK dan SSP, kemudiannya bercakap tentang topik struktur dan infrastruktur, dengan tumpuan kepada kemampanan keselamatan dan penyeragaman. Antara bidang yang disentuh adalah ciri-ciri keselamatan Laluan SBK, kemampanan komponen-komponen struktur dan penyeragaman tema stesen, tiang dan panjang rentangan.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Marcus Karakashian, Pengarah MRT Corp untuk MRT Laluan SBK.
Sesi petang bermula dengan ceramah berkenaan seni bina oleh Puan Aniza Abu Bakar dari MMC-Gamuda. Dia menyampaikan pengoptimuman stesen melalui penyelarasan laluan menyeluruh tipologi dan applikasi untuk stesen khusus tapak. Menurutnya, cabaran yang ditempuhi oleh stesen bertingkat MRT adalah dalam bidang konteks tapak, reka bentuk dan perancangan, kebolehan membina dan operasi.
Ini diikuti oleh taklimat daripada Ir Muhamad Zulqarnain Ismail, Perancangan dan Reka Bentuk MRT Corp tentang pengawalan bangunan, peraturan zon perlindungan kereta api dan pematuhan. Dia menengahkan insiden-insiden, peraturan, peralatan dan pemantauan.
Seminar ini tamat dengan ceramah berkenaan sistem-sistem transit oleh Encik Thilagara Punusamy dari Sistem Elektrikal dan Mekanikal MRT Corp yang menerangkan tentang sistem-sistem yang diperlukan untuk sebuah sistem transit yang moden.
Antara sistem yang diperlukan adalah tren eletrik, pengawalan semboyan dan tren, bekalan dan pengedaran tenaga dan telekomunikasi dan perantaraan dan integrasi sistem kereta api.













