Majlis penyampaian cek telah diadakan pada 19 April 2021 untuk pembayaran pampasan tanah yang diperoleh untuk Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura.
Semasa majlis yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru, cek dengan jumlah keseluruhan RM135,026,217.79 telah disampaikan kepada tujuh pemilik tanah yang tanahnya adalah antara tanah yang digunakan untuk pembinaan projek RTS Link.
Tujuh pemilik tanah tersebut menerima pampasan terbesar daripada 46 pemilik tanah persendirian di mana tanah mereka diperoleh untuk projek.
Menyampaikan cek itu ialah Pengarah Tanah dan Galian Johor Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd. Kadir. Bersama beliau adalah Ir Zulkifli Mohamed, Pengarah Projek Projek RTS Link.
Proses pengambilan tanah berdasarkan Seksyen 3 (1) Akta Pengambilan Tanah 1960 telah bermula pada tahun lalu.
Proses perbicaraan untuk menentukan jumlah pampasan yang harus dibayar kepada setiap pemilik tanah dan juga orang lain yang mempunyai hak untuk mendapat pampasan dilakukan selama empat hari dari 5 hingga 7 April 2021 dan 19 April 2021. Di atas kerjasama dari semua pihak yang terlibat, Borang G dan H telah dikeluarkan pada hari yang sama.
Keluasan tanah yang diperoleh untuk projek ini adalah 97.88 hektar.
Berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960, pihak berkuasa negeri memiliki kuasa untuk memperoleh tanah yang diperlukan untuk sebarang tujuan umum.
RTS Link akan menjadi perkhidmatan tren ulang-alik antara Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura. Kerja-kerja infrastruktur dijangka siap pada tahun 2024, dan akan diikuti oleh kerja-kerja sistem. Laluan ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember 2026.



