ENAM puluh enam individu dari beberapa jabatan di Jabatan Kerja Raya (Kementerian Kerja Raya), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) dan kontraktor-kontraktor Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) telah membuat sebuah lawatan ke Projek MRT pada 1 Ogos 2018.
Para pelawat ini telah dibawa ke Pusat Informasi MRT Bandar Malaysia North untuk mendapat maklumat terperinci tentang bahagian bawah tanah Projek ini.
Ketibaan mereka pada jam 10.15 pagi telah disambut oleh Pengarah Kerja-Kerja Bawah Tanah Laluan SSP MRT Corp Mr Blaise Mark Pearce, Pengarah Stesen Bawah Tanah Laluan SSP MRT Corp Mr Keith Allenby dan Pengurus Besar Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul.
Lawatan ini telah bermula dengan gambaran keseluruhan projek MRT yang telah diberikan oleh Blaise. Memandangkan para pelawat adalah orang luar Lembah Klang, Blaise telah menjelaskan tentang kepentingan dan keperluan perkhidmatan MRT di Kuala Lumpur. Beliau juga menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan jajaran terbaik dipilih sebelum bermulanya fasa pembinaan sambil menekankan bahawa jajaran perlu meliputi kawasan runcit, komersial dan perumahan sebanyak mungkin.
Blaise turut menerangkan bahawa untuk projek MRT, Kuarters Pekerja (CLQ) telah dibina khas untuk pekerja binaan. Sejumlah 13,000 pekerja kini sedang bekerja di tapak pembinaan bawah tanah dan CLQ ini membantu penginapan mereka berada setempat. Masalah sosial dapat dikurangkan adalah hasil positif daripada ini.
Keith kemudiannya mengambil alih dan bercakap tentang stesen-stesen bawah tanah Laluan SSP. Oleh kerana beliau ialah Ketua Jabatan untuk bahagian Projek ini, para hadirin berjaya mendapatkan maklumat yang komprehensif. Antara topik yang dibincangkan adalah ciri-ciri kesemua 11 stesen bawah tanah. Beliau telah memberikan maklumat tentang kedalaman stesen dan setiap stesen mempunyai kepanjangan yang berlainan. Ini disebabkan oleh lokasi geografi stesen.
Stesen MRT Ampang Park yang akan diintegrasikan dengan perkhidmatan LRT, merupakan stesen bawah tanah yang paling dalam dengan kedalaman 45 meter. Ia akan mempunyai 5 tingkat untuk kemudahan pengguna perkhidmatan MRT. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh jurutera-jurutera apabila membina stesen bawah tanah seperti keadaan tanah dan bekerja di tapak pembinaan yang mempunyai perkhidmatan rel yang lain juga disebut. Memastikan pihak berkepentingan di bawah kawalan adalah sangat penting ketika membina projek mega sebegini dan maklumat awal perlu disebarkan kepada mereka. Antara isu yang paling mencabar pula adalah penutupan jalan raya untuk kerja-kerja pembinaan.
Zarif pula telah bercakap tentang penyertaan Bumiputera dalam Projek MRT. Persaingan sihat antara kontraktor dan pembekal adalah digalakkan kerana ia merupakan salah satu langkah untuk menyokong Agenda Bumiputera yang merupakan antara strategi perolehan Projek ini. Mengikut jejak langkah kejayaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, Kerajaan Malaysia telah menetapkan 46% dengan jumlah RM 14 bilion untuk penganugerahan kontrak kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera.
Sehingga kini, sejumlah RM 14.03 juta nilai kontrak telah dianugerahkan. Kontrak-kontrak ini akan dianugerahkan sehingga Laluan SSP siap pada 2022.
Cara bagaimana kontraktor Bumiputera dipilih untuk mendapat kontrak bagi Laluan SSP juga dikongsi. Sebelum mereka boleh meraih kontrak, kontraktor-kontraktor ini perlu melalui proses pemantauan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU). Sebuah sesi cabutan pula akan dianjurkan untuk cabutan kontrak-kontrak kerja, untuk kontrakor-kontraktor yang layak setelah mendapat kelulusan dari BPKU.
Satu tinjauan mesra ke dek tinjauan tapak pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia North telah diketuai oleh Pengurus Projek Kanan II Laluan SSP MRT Corp Encik Mohd Salim Abdul Hamid yang telah dibantu oleh Pengurus Pembinaan Stesen Bandar Malaysia North MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Mr Ng Chee Hong.
Makan tengah hari kemudiannya dijamu kepada para pelawat.















