DUA sub kontrak telah dianugerahkan kepada Kontraktor Bumiputera semasa Sesi Cabutan Undi Bumiputera Ke-13 untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP).
Jumlah nilai kontrak ini, yang telah dianugerahkan di Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 5 Oktober adalah RM 263,125.00.
Cabutan undi ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp yang diketuai oleh Pengurus Besar Encik Zarif Zainul.
Turut hadir ialah kakitangan-kakitangan MRT Corp, Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan Kementerian Kerja Raya (BPKU) dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia).
Zarif berkata bahawa sebelum cabutan ini, nilai kontrak sejumlah RM 31.9 juta telah pun dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera.
Para kontraktor yang berjaya akan menerima surat penganugerahan untuk mereka memulakan kerja-kerja yang berkaitan berdasarakan kontrak masing-masing







