Projek MRT Laluan Putrajaya telah memenangi dua anugerah Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) semasa Hari Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) & SHASSIC 2021, yang diadakan di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Kuala Lumpur pada 14 Disember 2021.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup telah menyampaikan anugerah tersebut dengan diiringi oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.
Anugerah tersebut mengiktiraf dua pakej yang menerima penarafan 5 Bintang kerana telah menunjukkan kecemerlangan keseluruhan dalam pelaksanaan projek termasuk dalam amalan keselamatan dan kesihatan.
Pakej-pakej tersebut adalah Pakej V204 untuk Pembinaan dan Penyiapan Jejambat dan kerja-kerja lain yang berkaitan dari Portal Bandar Malaysia Selatan ke Kampung Muhibbah di bawah WCT Berhad dan Pakej SY205 untuk Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, Pengujian & Pentauliahan Bekalan Kuasa dan Sistem Pengagihan di bawah Colas Rail System Engineering Sdn Bhd).
Pengarah Projek MRT3 Tuan Haji Yusof Kasiron dan Pemangku Ketua Piawaiam dan Pematuhan, Encik Azhar Sofah menerima anugerah tersebut bagi pihak MRT Corp.
Hadir bagi pihak Colas Rail System Engineering Sdn Bhd untuk memerima anugerah adalah Pengarah Projek Mr Paul Martin.





