Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Shahril Mokhtar telah melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada 27 Julai 2018.
Shahril, sambal disertai oleh Barisan Kepimpinan MRT Corp, telah dijemput berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull dan pasukan beliau.
SPRM kagum dengan usaha yang telah diilakukan oleh MRT Corp dalam membanteras isu-isu rasuah di dalam organisasinya. Semangat yang ditunjukkan oleh MRT Corp tidak dapat ditandingi dan perlu diikuti oleh projek infrastruktur mega yang lain di dalam negara ini.
SPRM juga telah mengumumkan bahawa ia bercadang untuk menayangkan iklan yang berkaitan dengan rasuah di dalam tren dan stesen MRT. Ini akan meningkatkan tahap kesedaran tentang isu yang begitu serius ini kepada pengguna perkhidmatan MRT.
Shahril juga berkata, sejajar dengan Pakatan Integriti yang telah ditandatangani sebelum ini dengan MRT Corp, Kontraktor Pakej Kerja (WPC) untuk projek juga dikehendaki menjalankan program Kesedaran Integriti. Ini akan memastikan bahawa di peringkat WPC lagi , perang membanteras isu rasuah akan berada tahap yang tinggi bagi mereka yang terlibat dengan projek.
Sebagai langkah seterusnya, Shukri dan pasukan beliau bercadang untuk melawat Ibu Pejabat Korporat MRT Corp bagi mengeratkan perhubungan antara dua organisasi itu.







