Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menyertai Program Negaraku@Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diadakan di padang Presint 9, Putrajaya pada 13 Mei 2017.
Ia merupakan satu peluang bagi MRT Corp untuk bertemu dengan penduduk di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan memberi maklumat tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan juga MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) dengan menggunakan Trak Informasi MRT.
Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebaik sahaja upacara pembukaan dilangsungkan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan telah melawat setiap organisasi yang mengambil bahagian dalam majlis itu dan menyampaikan sijil penghargaan. Majlis itu diakhiri dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.
Selain daripada MRT Corp, beberapa badan kerajaan yang lain turut mengambil bahagian dalam majlis itu. Majlis itu mendapat sambutan meriah daripada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

