PEGAWAI-PEGAWAI dari Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), telah membuat sebuah lawatan ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat, Taman TTDI Grove untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen yang baru dilantik, YB Hasanuddin Mohd Yunus pada 28 September 2018.
Hasanuddin telah diberi taklimat tentang Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dan mendapat maklumat mengenai perkembangan projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah bersama Ketua Perhubungan Awam dan Pengurusan Pihak Berkepentingan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (MMC-Gamuda) Encik Zamri Hasan.
Semasa sesi ini, Najmuddin telah memberikan gambaran keseluruhan Projek Mass Rapid Transit (MRT) serta bercakap tentang MRT Laluan SBK kerana jajaran ini melalui daerah Hulu Langat, yang merupakan kawasan pilihan raya Hasanuddin.
Perkara yang diketengahkan adalah pengurusan pihak berkepentingan di mana beberapa sesi taklimat telah dianjurkan bersama orang awam di Hulu Langat yang telah dilaksanakan oleh MRT Corp dan Rakan Pelaksana Projek, MMC-Gamuda sebelum memulakan pembinaan projek.
Memandangkan MRT Laluan SBK sudah beroperasi, Zamri mengesyorkan supaya segala isu yang berkait hubung dengan aduan oleh pengguna perkhidmatan ini, akan diditujukan kepada pengendali projek, Prasarana Malaysia Berhad.
Hasanuddin menghargai usaha MRT Corp dan MMC-Gamuda untuk berjumpa dengan beliau supaya beliau mendapat pemahaman jelas tentang Projek MRT.



