LEMBAGA Pengarah dan Barisan Kepimpinan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah diberikan taklimat tentang Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 pada 18 Oktober 2018.
Taklimat ini adalah berkenaan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 merujuk kepada Liabiliti Korporat dan telah disampaikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Puan Norlizati Izhani Zainal @ Zainol di Ibu Pejabat MRT Corp.
Norlizati telah menerangkan bahawa pindaan ini mengandungi Seksyen 17A yang baharu di dalam Akta SPRM 2009 yang menyebut tentang “kesalahan oleh organisasi komersial.”
Akta ini dilihat sebagai mempunyai perkaitan tinggi dengan MRT Corp memandangkan ia merupakan sebuah organisasi yang sentiasa berurusan dengan pihak ketiga seperti vendor dan agensi dalam kerja harian. Mengikut Akta baharu ini, suatu organisasi akan dipersalahkan jika mana-mana kakitangannya melanggar peraturan, tidak seperti sebelumnya, dimana hanya individu itu sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dan menghadapi kesannya.
Beberapa soalan dan penjelasan Akta telah dijawab oleh Norlizati setelah beliau menyedari minat yang mendalam ditunjukkan oleh para hadirin.
Beliau juga menyatakan bahawa Akta ini telah diperbadankan pada 1 Oktober 2018 dan akan dikuatkuasakan pada 2020.
Norlizati telah dibertiahu bahawa sebelum ini, Ikrar Bebas Rasuah telah ditandatangani dan dilafazkan oleh semua kakitangan MRT Corp di hadapan bekas Ketua Pesuruhanjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Beberapa sesi maklumat integriti juga telah dianjurkan untuk kakitangan MRT Corp. Ini dilihat sebagai usaha MRT Corp dalam membanteras rasuah.









