Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menerima pelawat dari pejabat Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng pada 9 Ogos 2018.
Tiga wakil yang hadir ialah Encik Yew Jia Haur, Encik Raymond Soh dan Encik Dic Lai yang telah dijemput ke Pusat Informasi Mass Rapid Transit (MIC) Jalan Sultan Azlan Shah. Mereka telah diberikan sebuah taklimat tentang kemajuan projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) terutamanya stesen-stesen yang terletak di kawasan Kepong dan Jinjang.
Kata-kata aluan telah diberikan oleh Pengurus Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Encik Wallace Soh Chun Hwei.
Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Encik Mohar Zainal Abidin mewakili MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (MMC-Gamuda) sebagai Rakan Pelakana Projek MRT Laluan SSP untuk memberikan gambaran keseluruhan Projek.
Selain dari menerima maklumat tentang kemajuan Projek, para hadirin juga telah dimaklumkan tentang pelbagai sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan yang telah dianjurkan oleh pihak MRT Corp dan MMC-Gamuda.
Yew yang merupakan setiausaha politik YB Lim, juga memberikan pandangannya tentang kebimbangan dan maklum balas dari orang awam berkenaan Projek MRT.
Bagi masa hadapan, Yew berharap komunikasi akan sentiasa berterusan antara pihaknya dengan MRT Corp sepanjang tempoh pembinaan Projek.
Sesi berakhir dengan makan tengah hari dijamu kepada para hadirin.





