KARNIVAL Sukan Kuarters Pekerja 2017 telah dianjurkan pada 10 Disember 2017. Karnival ini dianjurkan pada setiap tahun untuk mengeratkan hubungan antara pekerja asing yang terlibat dalam Projek Mass Rapid Transit (MRT).
Karnival ini telah dianjurkan di Kuarters Pekerja, Centralised Labour Quarter (CLQ) V201, V202 dan V203 yang dikendalikan oleh Sunway Construction Group (SUNWAY), Ahmad Zaki Resources Berhad (AZSB) dan IJM Corporation Berhad (IJM) masing-masing.
Empat acara sukan telah dianjurkan untuk karnival ini iaitu futsal, bola tampar, karom dan pingpong.
Karnival ini merupakan satu kejayaan di mana seramai 331 individu dari Pakej Kontraktor Kerja untuk Projek ini seperti SUNWAY, AZSB, IJM, MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, Gadang Engineering Sdn Bhd dan Acre Works Sdn Bhd telah bertanding dan menghadiri karnival tersebut.
Pengarah Piawaian dan Pematuhan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Tuan Syed Mahdhar Syed Hussain merupakan tetamu khas yang hadir dan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
| SUKAN | PEMENANG |
|
FUTSAL
|
MMC-GAMUDA KVMRT (T) Sdn Bhd |
|
BOLA TAMPAR |
SUNWAY CONSTRUCTION GROUP |
|
KAROM |
IJM CORPORATION BERHAD |
|
PINGPONG |
SUNWAY CONSTRUCTION GROUP |
Dengan kemenangan dua daripada empat acara, SUNWAY telah muncul sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Kuarters Pekerja 2017.





