Malaysia Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menyertai Karnival ‘Jerlun for Jerlun’ yang telah berlangsung selama dua hari pada 9 hingga 10 Februari 2018 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Jerlun, Kedah.
Dijemput sebagai salah satu organisasi yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan), MRT Corp telah menghantar Trak Informasi MRT untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai Projek MRT.
Dato’ Wira Othman bin Haji Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1 dan Dato’ Haji Abu Hasan bin Sarif, ADUN Kota Siputeh telah merasmikan karnival ini yang bertujuan untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat di samping memberi kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Dato’ Wira Othman juga sempat melawat trak MRT pada 10 Januari 2018 dan merakamkan rasa terima kasih kepada MRT Corp di atas kesudian hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut.
Seramai lebih 500 orang telah mengunjungi trak MRT di mana kebanyakan daripada mereka amat berminat untuk mencuba menaiki MRT.
Dalam pada itu, lebih 20 agensi kerajaan turut hadir memeriahkan karnival ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti seminar E-usahawan, pertandingan mewarna, pertandingan sukan dan macam-macam lagi.









