PADA 5 September 2018, Projek Mass Rapid Transit (MRT) telah menerima pelawat dari Malaysian Technical Cooperation Programme yang telah dianjurkan oleh Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar.
Para pelawat yang juga merangkumi individu dari 9 negara asing seperti Iran, Azerbajian, Mauritius dan Zimbabwe, merupakan peserta program bertajuk ‘Roles & Contributions of Land Administration in Malaysian Development’ yang berlanguung dari 26 Ogos 2018 – 8 September 2018.
Mereka telah dibawa ke Pusat Informasi MRT (MIC) Seri Kembangan di mana mereka telah diberi taklimat tentang MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) oleh Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal-Ehwal Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li.
Beliau telah menerangkan tentang peranan MRT Corp di dalam Projek ini dan bagaimana Projek ini dibantu oleh rakan pelaksana projek, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.
Penolong Pengurus Besar Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Encik Azhar Abdul Aziz pula telah memberi maklumat tentang pengurusan tanah untuk Projek ini.
Langkah-langkah dan cara memperolehi tanah untuk Projek MRT adalah di antara topik yang dibincangkan. Penyelarasan antara MRT Corp, pemilik tanah dan pihak berkuasa yang berkaitan perlu ada sebelum proses pengambilan tanah dimulakan untuk kerja-kerja pembinaan Projek.
Lawatan ke MIC ini telah berakhir dengan makan tengah hari dihidangkan kepada para hadirin.









