EDISI keempat Hari Ceria Bersama MRT Corp telah dianjurkan pada 16 dan 17 Ogos 2018 di Pusat Informasi MRT (MIC) Jalan Sultan Azlan Shah.
Hari Ceria bertujuan untuk mendidik komuniti di kawasan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) tentang Projek MRT dan kepentingan pengangkutan awam terutamanya di kalangan orang muda dan kanak-kanak.
Acara ini telah berlangsung selama dua hari dengan aktiviti menarik untuk 67 kanak-kanak dari Little Caliphs Sentul (Tadika Cerdik Kembara). Mereka disertai oleh lima guru di mana para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan pada 16 Ogos dan 17 Ogos dengan masing-masing merangkumi 34 dan 33 kanak-kanak.
Inisiatif ini adalah kerjasama antara Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Rakan Pelaksana Projek bagi MRT Laluan SSP, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.
Little Caliphs merupakan sebuah program pra-sekolah Islamik-Bahasa Inggeris-Kreatif yang membantu kanak-kanak pra-sekolah untuk merealisasikan potensi rohani, kognitif, sosio-emosi dan fizikal yang terbaik.
Aktiviti pada dua hari ini telah bermula dengan pertandingan mewarna di mana kanak-kanak diberikan masa selama empat puluh lima minit untuk melengkapkan tugas mewarna gambar keretapi MRT Laluan SSP. Tiga gambar terbaik dipilih sebagai pemenang manakala lapan lagi memenangi hadiah sagu hati.
Aktiviti kedua yang telah dianjurkan adalah pertandingan susun suai gambar dimana kanak-kanak dibahagikan kepada enam kumpulan. Mereka diminta untuk melengkapkan gambar Stesen MRT dalam masa dua puluh minit.
Para pemenang hari pertama ialah:
Pertandingan Mewarna
| 1st | Muhammad Aidil Rayyan Mohd Zahrin |
| 2nd | Adi Zafri Che Mohd Faizal |
| 3rd | Faidy Miqael Elqy Alias |
Pertandingan Susun Sual Gambar
| 1st | Nurhani Umairah Ridzuan, Nur Alysaa Nazneen Zarak Yunus Khan, Putri El Amani Ahmad Elrafei, Aisyah Umaira Nabil Fikri |
| 2nd | Faidy Miqael Elqy Alias, Muhd Faid Nadhme Mohd Khairu Affendi, Muhammad Faiq Harith Mohd Fazrul Hadi, Haikal Darus Khairul Amir |
| 3rd | Adi Zafri Che Mohd Faizal, Masrur Fahiem Madzri, Muhammad Al Fateh Nasiruddin, Muhammad Faiq Haikal Mohd Fazrul Hadi |
Para pemenang hari kedua adalah seperti berikut:
Pertandingan Mewarna
| 1st | Mia Batrishah Shaipul Anuar |
| 2nd | Muhammad Umar Zaim Syaharuddin |
| 3rd | Wan Hasna’im Hafifi Wan Hasfirdaus |
Pertandingan Susun Sual Gambar
| 1st | Fathima Zahra Mohamed Sabrie, Mia Batrishah Shaipul Anuar, Nur Allysha Mohd Aliff, Nur Qaseh Humaira Zulfakar, Nur Hanania Amani, Nur Nadya Dafiya Rozlin, Sofia Zahra Zain Azrai |
| 2nd | Qaseh Auni Hasya Ahmad Tarimizi, Hanis Zulaikha Hasmadi, Muhamad Amirul Haziq Amiruddin, Muhammad Qais Amsyar Aa Hairull Nizam, Muhammad Umar Zaim Syaharuddin, Nur Irdina Marissa Mohamad Hafiz |
| 3rd | Mavis Zill Qayyim Steinhardt, Megat Irfan Khairi Megat Mohd Afendi, Muhammad Azim Mohd Hirman, Muhammad Irsyad Faiq Mohd Shaharudin, Muhammad Shah Haziq Sharizan, Muhammad Zafran Mohd Sani |
Para pemenang pertandingan mewarna telah dihadiahkan permainan pendidikan bernilai antara RM50 ke RM100 dan sijil penghargaan serta hasil seni mereka yang diletakkan di dalam bingkai dari IKEA.
Pemenang pertandingan susun suai gambar pula telah memenangi hamper-hamper bernilai antara RM40 dan RM80.
Guru Besar Little Caliphs Sentul Puan Syarifah Nur Aisyah Syed Mohamed berkata, “ Semua kanak-kanak dari Little Caliphs Sentul seronok dengan lawatan ke MIC dan tidak sabar untuk aktiviti-aktiviti akan datang kerana mereka jarang dapat peluang dengan pihak lur sebegini. Lawatan ini juga bertepatan dengan aktiviti bulanan mereka iaitu pengangkutan awam, dan ia menjadikan acara yang tidak akan dilupakan oleh kanak-kanak dan para guru dari Little Caliphs Sentul.”
Aktiviti selama dua hari ini dilihat sebagai satu kejayaan dan MRT Corp berhasrat untuk menambahkan penglibatan dengan institusi pelajaran untuk aktiviti serupa ini.











