KARNIVAL Sukan Tahunan Kuarters Pekerja (CLQ) telah berlangsung pada 22 Julai untuk para pekerja Kontraktor Pakej Kerja (WPC) bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP).
Karnival ini telah dianjurkan oleh Rakan Pelaksana Projek, MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd (MMC-Gamuda) di CLQ V201, V202 dan V203 Sungai Buloh di mana seramai 315 pekerja telah mengambil bahagian. CLQ ini terletak di Sungai Buloh, berdekatan dengan depoh tren MRT.
Objektif acara ini adalah untuk meningkatkan integrasi sosial dan harmoni antara pekerja asing dan tempatan yang menetap di CLQ.
Sukan yang dianjurkan ialah bola tampar, futsal, sepak takraw dan ping pong.
Selepas hampir seharian bertarung, WCT Holdings Berhad, WPC V204 berjaya menggondol kejuaraan karnival tersebut.
Pengarah Piawaian dan Pematuhan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Encik Mohd Yusof Kasiron dan Pengurus Besar CLQ MMC-Gamuda Kapten (B) Dr Mohd Fuad Omar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.
Acara sukan yang dianjurkan seperti ini dapat membantu pekerja CLQ merasai ikatan kemasyarakatan yang kukuh sewaktu bekerja dengan Projek MRT.
Keputusan akhir semua sukan yang dianjurkan adalah seperti di bawah.
Futsal
|
JUARA
|
MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd
|
|
NAIB JUARA
|
Mudajaya Corporation Berhad
|
|
TEMPAT KETIGA
|
Sunway Construction Group Berhad
|
|
TEMPAT KEEMPAT
|
WCT Holdings Berhad |
BOLA TAMPAR
|
JUARA
|
Sunway Construction Group Berhad
|
|
NAIB JUARA
|
Acre Works Sdn Bhd
|
|
TEMPAT KETIGA
|
Mudajaya Corporation Berhad
|
|
TEMPAT KEEMPAT
|
WCT Holdings Berhad
|
SEPAK TAKRAW
|
JUARA
|
IJM Corporation Berhad
|
|
NAIB JUARA
|
AZSB Resources Sdn Bhd
|
|
TEMPAT KETIGA |
WCT Holdings Berhad |
|
TEMPAT KEEMPAT
|
MTD Construction Sdn Bhd |
PING PONG
|
JUARA
|
AZSB Resources Sdn Bhd
|
|
NAIB JUARA
|
WCT Holdings Berhad
|
|
TEMPAT KETIGA
|
IJM Corporation Berhad
|
|
TEMPAT KEEMPAT
|
Mudajaya Corporation Berhad
|







