Pameran Belilah Buatan Malaysia (BMF) berlangsung di MRT Stesen Pasar Seni bermula dari 20 November 2018 hingga 30 November 2018. Kempen ini merupakan kerjasama bersama antara Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya (GMB Malaysia) untuk membentuk kesedaran dan mempromosikan produk tempatan.
Pada 21 November 2018, Menteri Wilayah Persekutuan Tuan Haji Khalid Abd Samad secara rasminya melancarkan kempen BMF yang terletak di kawasan jambatan laluan (laluan berbayar) antara Stesen MRT dan LRT Pasar Seni. Majlis itu dimulakan dengan kata alu-aluan dari Encik Agil Faisal Ahmad Fadzil, Presiden GMB Malaysia. Tuan Haji Khalid kemudiannya memberi ucapan dan melancarkan majlis itu.
Sebelum pelancaran tersebut, Tuan Haji Khalid buat pertama kalinya menaiki tren MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, dari Stesen MRT Semantan ke Stesen MRT Pasar Seni. Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Dato’ Haris Fadzilah Hassan mengiringi Haji Khalid semasa perjalanan tren itu,
Para peserta pameran adalah seperti yang berikut: –
1️. Malaysia Brand Outlet (MBO) Grocer
-Sweet Kiss Chocolates
-Leafrito Jackfruit Chips-
– Dijaz Crunchy Nuts
-Durio Cornflakes
– Pegro Chips
2️. Bujins Batik Sdn Bhd
– Hand-Made Customized Batik Clothing
3. Nashmir Capsule Sdn Bhd
-Empty Hard Gelatin Capsules
4️. D’or Rue Sdn Bhd
-Jewellery and Accessories
5️. NSix Industry Sdn Bhd
-Halal-Certified Plastic Bags
6️. Hj Mat Hj Jantan
– Organic Fertilizers – Milagro
7️. Selia-Tek Holdings
– Medical Devices Manufacturer
8️. Muhibah Sinergia Resources
-Innovative Islamic Products; Miswak Pens (Pen Sugi), Prayer Chairs, Mini-Wheeled Tabung
9️. The Magic Chef
-Food Paste
1️0. Touch ‘n Go
– Smart Card Provider
1️1. JKG Land
-Property Developer – The Era @ Jalan Kuching, Kuala Lumpur







