PARA kontraktor Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) telah menjalani sebuah program kesedaran integriti yang telah dianjurkan untuk mereka di Ibu Pejabat Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada 4 September 2018.
Kesemua 57 kontraktor bertaraf Gred G1-G6 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) dengan kontrak untuk Projek telah menghadiri program ini. Ia telah dianjurkan dengan kerjasama Unit Integriti MRT Corp dan Jabatan Pentadbiran dan Perhubungan Bumiputera MRT Corp.
Sesi ini bermula dengan taklimat tentang kes-kes rasuah dalam industri pembinaan di Malaysia. Taklimat ini disampaikan oleh Pengurus Kanan Unit Integriti MRT Corp Encik Gunalan Perumal yang telah juga memberikan contoh-contoh kes rasuah di dalam industri pembinaan.
Seterusnya, Penolong Pengurus Besar Unit Integriti MRT Corp Encik Muhammad Sree Abdullah membuat sebuah pembentangan mengenai Polisi Anti-Rasuah MRT Corp. Para kontraktor diberitahu tentang Polisi Tiada Hadiah dan Polisi Pemberi Maklumat.
Mereka diberi peringatan bahawa MRT Corp tegas dalam mematuhi Polisi Tiada Hadiah ini di mana semua hadiah yang diterima atau diberi tidak akan diterima. Hadiah ini boleh digunakan sebagai ‘umpan’ oleh agensi kepada kontraktor yang ingin menerima sesuatu sebagai balasan. Ini adalah amalan yang tidak beretika.
Sesi terakhir telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Integriti MRT Corp Dato’ Zainal Adam. Sebuah sesi dialog bersama kontraktor dijalankan untuk berbincang tentang isu yang berkait dengan mereka. Semasa sesi ini, Zainal telah menekankan beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat terutuamanya yang berkaitan dengan kontraktor Bumiputera.
Mengulas di akhir sesi, Zainal berharap program kesedaran ini dapat membantu dalam membanteras mana-mana isu yang bakal timbul dari kontraktor semasa fasa pembinaan MRT Laluan SSP.



