Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah dijemput untuk berucap di persidangan Building & Construction 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 November 2018.
Persidangan ini telah berlangsung sempena 44th International Federation Asian and Western Pacific Contractors (IFAWPC) 2018, yang telah dianjurkan oleh Master Builders Association Malaysia dan International Federation of Asian and Western Pacific Contractors’ Association (IFAWPCA).
Tema persidangan ini adalah perhubungan strategik dengan inovasi dan modal insan sebagai mesej terasnya dan terdapat penceramah-penceramah antarabangsa dan tempatan yang membentangkan topik-topik yang berlainan.
Pengarah Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Dato’ Amiruddin Ma’aris telah mewakili MRT Corp dan beliau telah bercakap tentang ‘Trend Baru’ dalam industri pembinaan.
Beliau telah menjelaskan bagaimana MRT Corp menggunakan teknologi terkini seperti pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan Tahap 2 (Building Information Modelling Level 2) untuk pembinaan MRT Laluan SSP. Objektifnya adalah untuk mempunyai satu kawalan yang berkesan bagi maklumat yang tepat untuk dikongsi menyeluruhi Projek.
Selain itu, Amiruddin menyatakan usaha-usaha yang diambil oleh MRT Corp untuk tidak menggunakan kertas dalam pembinaan. Pengurusan pembinaan untuk MRT Laluan SSP tidak menggunakan kertas dan pemantauan yang dilaksanakan di tapak binaan menggunakan sistem operasi ‘dashboard’ yang digital. Kini, 132 tablet telah dikerahkan di tapak-tapak stesen bawah tanah dan pengurus projek boleh mendapat kemajuan terkini menggunakan teknologi ini.
Beliau juga telah dijemput untuk perbincangan panel untuk membincangkan tentang cabaran yang dihadapi dalam tempoh pembinaan.
Semasa sesi ini, beberapa topik seperti revolusi hijau untuk bangunan, Model Rakan Pelaksana Projek dan langkah pelarasan harga telah dibicarakan. Ini telah disampaikan oleh Dekan Akademi Bangunan dan Pembinaan Nanyang Technological University (Singapore) Dr John Keung, Pengarah Projek MMC Gamuda KMVRT (PDP SSP) Sdn Bhd Ir Parameswaran Sivalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus 3 Consultants Mr Michael J McIver.
Amiruddin telah menjawab soalan tentang MRT Laluan Lingkaran dan masa depannya, yang pada masa kini ditangguhkan berkemungnkinan besar akan dijalankan pada masa hadapan kerana ia selari dengan matlamat Kerajaan untuk mendapatkan 40% orang di Lembah Klang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke Lembah Klang.
Moderator sesi ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Dato’ Sri Idris Jala.





