LALUAN LINGKARAN (MRT3)
Laluan Lingkaran (MRT3) adalah komponen utama dalam projek KVMRT dimana perlaksanaan projek ini akan membawa peningkatan besar kepada mobiliti bandar di seluruh Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Mengelilingi perimeter bandar sepanjang 51 kilometer, Laluan Lingkaran (MRT3) membolehkan perjalanan yang lancar di kedua-dua arah, menghubungkan rangkaian rel MRT, LRT, KTM dan Monorel yang sedia ada melalui 10 stesen pertukaran yang strategik.

Panjang
50.8km dengan 40.1km bertingkat
dan 10.7km bawah tanah.

Stesen
31 stesen
24 bahagian bertingkat
dan 7 bawah tanah

Tempat Letak Kenderaan
15 tapak dengan 11,650
tempat letak kereta.

Pertukaran
Di 10 stesen:
2 dengan MRT Laluan Kajang
2 dengan MRT Laluan Putrajaya
2 dengan LRT Laluan Kelana Jaya
2 dengan LRT Laluan Ampang
1 dengan monorel
2 dengan KTM Komuter
1 dengan stesen bas bandar

Tarikh Pembukaan
Fasa 1:
pada 2028 tertakluk kepada proses pengambilan tanah.
Fasa 2:
pada 2030.
PRINSIP REKA BENTUK
Projek MRT3 Laluan Lingkaran direka bentuk secara menyeluruh berdasarkan 8 prinsip di bawah 4 tema yang akan menentukan pelan tindakan projek.

| TERAS | PRINSIP |
|---|---|
| Jajaran Yang Memberikan Manfaat Optimum | 1. Dibina di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dan membuat persediaan bersedia untuk Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) 2. Merangsang pertumbuhan semula bandar di sepanjang jajaran. 3. Menubuhkan hab transit pelbagai mod baharu di utara Pusat Bandaraya Kuala Lumpur 4. Membuka akses ke bahagian pendalaman Ampang Jaya. |
| Ekonomi Bernilai Tambahan Tinggi | 5. Meningkatkan teknologi tempatan dan inovasi eksport 6. Membangunkan tenaga kerja Malaysia yang mahir untuk bersaing di luar negara |
| Kos Dan Pembiayaan | 7. Menggabungkan pembiayaan sektor swasta dan sumber pembayaran bukan kerajaan |
| Nilai Residual Yang Mampan | 8. Mengagihkan pertumbuhan ekonomi untuk membina juara serantau. |