PELUANG PAJAKAN TANAH DI SEPANJANG LALUAN MRT KAJANG DAN PUTRAJAYA
Realisasikan potensi perniagaan anda di lokasi terpilih di sepanjang Laluan MRT Kajang dan Putrajaya, dengan akses strategik serta rangkaian perhubungan yang baik.
Mengapa Pilih Kami?
Pilihan pajakan tanah kami menawarkan peluang kepada perniagaan yang ingin berkembang dan meneroka potensi baharu. Dengan menyewa tanah yang terletak di lokasi strategik, perniagaan dapat membina kehadiran di kawasan tumpuan, mendekati pelbagai kumpulan pelanggan serta meningkatkan keterlihatan pasaran.
Tanah-tanah ini terletak di sepanjang jajaran MRT, dengan sebahagiannya menyediakan akses terus ke stesen MRT, sekali gus memberikan kemudahan dan akses yang lebih baik. Selain itu, terdapat tanah yang terletak di kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan, sesuai untuk perniagaan yang ingin memanfaatkan kawasan dengan jumlah kunjungan yang tinggi.
Sebahagian tanah pula menghadap jalan utama, memberikan keterlihatan yang baik dan sesuai untuk perniagaan yang mengutamakan pendedahan kepada orang ramai. Bagi perniagaan berorientasikan komuniti, terdapat juga tanah yang terletak dalam kawasan perumahan, yang menawarkan peluang untuk mendekati penduduk setempat dan membina kehadiran dalam komuniti.
Senarai Tanah yang Tersedia
MRT Corp mengalu-alukan pihak yang berminat untuk menyatakan minat bagi pajakan tanah yang tersedia untuk tujuan komersial.
| Lot 428 Sek 79 BKL (Jalan Sentul Manis) | ![]() |
Download |
| Lot 476 Sek 79 BKL (Jalan Sentul Manis) |
| Lot 713 Sek 88A BKL (Jalan Damai) | ![]() |
Download |
| Lot 14222 Jalan Jambu Jerteh, Kepong (Entrance B MRT Seri Delima) | ![]() |
Download |
| Lot 475 & 476 Bulatan Kampung Pandan | ![]() |
Download |
| Lot 15608 Sungai Besi Kuala Lumpur | ![]() |
Download |
| Lot 21127 & 21128 Mukim Bandar Sri Damansara Daerah Petaling, Sri Damansara Timur | ![]() |
Download |
| Lot 868 Mukim Petaling Daerah Petaling, Jalan Serdang Raya | ![]() |
Download |
| Lot 28173 Serdang (UPM) | ![]() |
Download |
| Lot PT 10 MRT Stadium Kajang | ![]() |
Download |
| Lot 6 & 15 MRT Kajang (Jalan Reko) | ![]() |
Download |
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PAJAKAN TANAH
Sila baca semua maklumat yang dinyatakan dalam Garis Panduan Permohonan Pajakan Tanah dan ikuti setiap langkah yang ditetapkan dengan teliti bagi melengkapkan proses permohonan.
Muat turun Garis Panduan Permohonan Pajakan Tanah di sini:
Pihak yang memenuhi syarat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan menghantar borang-borang berikut melalui e-mel ke [email protected]
Muat turun borang-borang di sini:
Sila pastikan teks dan/atau ilustrasi dalam proposal yang dikemukakan adalah jelas dan mudah dibaca.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected].
Penafian: Proposal yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap akan terbatal secara automatik.











Download, print and fill in the