Dalam sebuah lawatan untuk memeriksa kesediaan operasi Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya, Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan (MOT) telah melawat beberapa stesen di sepanjang jajaran tersebut pada 10 November 2021.
Diketuai oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Tanah MOT Encik Muhammad Asraf Sukadi, lawatan bermula di Stesen MRT Kampung Batu di mana Pengarah Kerja Sistem Elektrik & Mekanikal Laluan Putrajaya Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Abdul Hamid Abdillah telah memberi taklimat kepada rombongan di Bilik Kawalan Stesen.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Pengarah Keretapi MOT Encik Mohd Shahriman Shafein dan Pengarah Pembinaan Laluan Putrajaya MRT Corp Encik Nor Saidi Muda.
Sejurus selepas itu, rombongan telah dibawa menaiki tren ke Stesen MRT Sri Damansara Timur. Di stesen tersebut, mereka telah dibawa melihat kemudahan-kemudahan tersedia dan diikuti dengan sebuah tinjauan stesen sebelum menaiki tren pulang ke Stesen MRT Kampung Batu.
Semasa dalam perjalanan pulang, rombongan telah dibawa ke penghujung jajaran bagi Fasa Satu dan telah membuat pusingan-U sebelum menghampiri Stesen MRT Kentonmen.
Setibanya mereka di Stesen MRT Kampung Batu, rombongan telah dijamu dengan jamuan ringan sebelum lawatan berakhir.









