Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah membuat lawatan ke Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura pada 28 Oktober 2021 bagi taklimat projek dan mesyuarat teknikal.
Delegasi seramai 20 pegawai kanan dari pelbagai jabatan itu telah diketuai oleh Ketua Pengarah Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Haji Wahid dan disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Dato’ Edwin Galan Teruki, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Ts. Ahmad Izram Osman, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Dato’ Nor Hisham Mohammad dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Dato’ Hj Yahaya Hj Madis. Mereka disambut oleh Pengarah Projek RTS Link, Ir. Zulkifli Mohamed di Pejabat Johor Bahru MRT Corp di Menara Jland, Johor Bahru
Lawatan ini bermula dengan sebuah taklimat oleh Ir. Zulkifli berkenaan keseluruhan projek dan diikuti oleh mesyuarat teknikal. Delegasi kemudiannya dibawa melawat sekitar jajaran RTS Link dan berhenti di beberapa lokasi seperti tapak Depoh Wadi Hana dan Stesen Bukit Chagar bagi melihat perancangan projek dan aspek-aspek teknikal.
Lawatan berakhir dengan persembahan memento kepada Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan sebagai tanda penghargaan.







