Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Datuk Azlan Shah Al Bakri telah memeriksa kesediaan operasi stesen dan tren, di dalam sebuah lawatan kerja ke beberapa lokasi sepanjang jajaran Fasa Satu MRT Laluan MRT Putrajaya pada 1 November 2021.
Diketuai oleh Pengarah Projek MRT Laluan Putrajaya Dato’ Amiruddin Ma’aris, lawatan tersebut bermula di Stesen MRT Kampung Batu untuk melihat kemudahan yang tersedia di stesen. Turut hadir dalam lawatan itu ialah wakil daripada pengendali Laluan Putrajaya dan kontraktor siap pakai, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datin Norlia Noah dan Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd Dato’ Wong Wai Ching.
Rombongan tersebut kemudian telah menaiki tren dan membuat hentian pertama di Stesen MRT Sri Damansara Barat untuk meninjau stesen serta kawasan sekelilingnya. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Stesen MRT Kwasa Damansara – stesen terminus untuk kedua-dua MRT Laluan Kajang dan Putrajaya apabila bermulanya operasi Fasa Satu – sebelum menuju ke Depoh Sungai Buloh dengan menaiki Bas Perantara MRT.
Di Depoh, rombongan tersebut telah memeriksa tren untuk kedua-dua laluan MRT di Pejabat Penyelenggaraan Stok Keretapi , dan menyaksikan operasi tren Laluan Kajang secara langsung di Pusat Kawalan Operasi. Lawatan berakhir di Bangunan Pentadbiran, di mana rombongan bersidang untuk sebuah mesyuarat.









