Dalam sebuah lawatan kerja melihat tahap kesediaan operasi Fasa Satu MRT Laluan Putrajaya, delegasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandaraya YBhg Datuk Hj. Zulkurnain Hassan telah melawat ke beberapa lokasi MRT di sepanjang jajaran tersebut.
Delegasi seramai 34 orang pegawai kanan DBKL daripada pelbagai jabatan itu disambut oleh wakil Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Ts. Noor Aiman Shamsuddin di Perhentian Bas DBKL Menara 2. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Perancangan Infrastruktur DBKL Puan Nor Fajariah Sulaiman.
Dalam memastikan penjarakan fizial antara peserta, para delegasi di bawa menaiki tiga buah Bas Perantara MRT dan dibawa melihat jajaran Fasa Satu. Beberapa hentian telah dibuat di lokasi berbeza di sepanjang jajaran, dengan yang pertama di Kg. Stesen MRT Delima untuk melihat kemudahan akses universal yang tersedia untuk penumpang.
Sejurus selepas itu, para perwakilan dibawa melalui laluan Bas Perantara MRT untuk melihat keadaan jalan raya, di mana mereka kemudiannya membincangkan cara-cara untuk memperbaiki keadaan jalan untuk memudahkan Bas Perantara MRT melengkapkan laluan mereka.
Kemudian, mereka dibawa ke Stesen MRT Kampung Batu untuk melihat kemudahan di stesen dan tren, dan dibawa menaiki tren ke Stesen MRT Metro Prima dan kembali.
Sekembalinya di stesen, Ts. Noor Aiman telah menyampaikan sebuah memento kepada YBhg Datuk Hj. Zulkurnain sebagai tanda penghargaan di atas masa dan kerjasama yang diberikan oleh pegawai kanan DBKL dalam menjayakan projek MRT Laluan Putrajaya, dengan lawatan berakhir sejurus selepas itu.









