Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya TPr. Hajah Noraini Haji Roslan telah mengadakan lawatan kerja ke Kuarters Pekerja Setempat (CLQ) Serdang pada 21 Oktober 2021 yang lalu untuk mempelajari cara-cara pelaksanaan CLQ.
Menyambut beliau di CLQ V206 (Gadang Engineering) adalah Pemangku Ketua Pematuhan dan Piawaian MRT Corp Encik Azhar Sofah, yang telah memberikan taklimat kepada para tetamu mengenai CLQ Projek MRT Lembah Klang. Setelah itu, TPr. Hajah Noraini telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan yang tersedia untuk penghuni CLQ. Antara kemudahan yang dilihat adalah ruang tidur, kemudahan dapur, ruang makan dan bilik perubatan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah (Perancang Bandar) TPr. Haji Ismail Muhamad, Timbalan Pengarah (Perancang Bandar) Encik Hazman Mohd Mahayudin, Pengarah (Bangunan) Encik Nor Azmi Mohd Rosli dan Pengarah (Kejuruteraan) Ir. Haji Rosli Mohamad Yunus.
Selesainya tinjauan di CLQ, Encik Azhar telah menyerahkan sebuah memento kepada TPr. Hajah Noraini sebagai tanda penghargaan untuk masa dan ilmu yang dikongsi, dan lawatan berakhir sejurus itu.











