Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menganjurkan satu taklimat sempena Latihan Permintaan Maklumat (RFI) untuk cadangan Projek MRT3 Laluan Lingkaran pada 19 April 2021.
Sesi yang dihadiri lebih dari 100 orang yang mewakili 60 syarikat pembinaan itu diadakan di TPC Kuala Lumpur.
Sesi itu menyaksikan Pengarah Projek MRT3 Laluan Lingkaran Tuan Haji Mohd Yusof Kasiron menyampaikan pembentangan keseluruhan tentang Projek MRT3. Beliau berkongsi beberapa maklumat asas mengenai Projek, seperti panjang jajaran yang akan menjadi sekitar 50 kilometer dengan 30 stesen, termasuk 10 stesen pertukaran.
Beliau juga menyatakan bahawa Projek MRT3 akan merangkumi program untuk pertumbuhan semula bandar, peningkatan kemampuan tempatan, pembangunan modal insan dan pembuatan pembinaan,
Ini diikuti oleh Ketua Pegawai Komersial Encik Azwa Abdul Aziz yang membentangkan keperluan pelaksanaan RFI itu sendiri, termasuk proses penyerahan, tarikh akhir, dan lain-lain.
Ketua Audit Dalaman Encik Muhammad Sree Abdullah menutup sesi itu dengan memberi ringkasan tentang polisi anti-rasuah MRT Corp dan menekankan tentang kepentingan bagi semua syarikat yang mengambil bahagian untuk mematuhi kedudukan MRT Corp dalam Polisi Anti-Penipuan dan Anti-Rasuah, Polisi Tiada Hadiah dan Polisi Pemberi Maklumat.
Sesi soal jawab kemudian diadakan selepas semua pembentangan. Menjawab salah satu pertanyaan yang diajukan, Yusof mengatakan RFI tidak hanya bertujuan untuk mendapatkan penggiat industri pembinaan untuk memberikan maklumat mengenai syarikat mereka kepada MRT Corp, tetapi juga membantu syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bersedia untuk pelaksanaan tender yang dijangka diadakan pada separuh kedua tahun ini.
Dari sudut kontrak atau model pengurusan projek yang akan digunapakai, beliau menyatakan bahawa pilihan terbuka untuk semua kemungkinan.
Sesi taklimat berlangsung selama lebih kurang satu jam.











