Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganjurkan sesi pengundian yang kelima untuk menganugerahkan kontrak-kontrak MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) kepada kontraktor bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Oktober 2017.
Lapan kontrak berjumlah RM2 juta telah diundi semasa sesi itu berlangsung, di mana enam daripada lapan kontrak yang dianugerahkan adalah untuk bahagian bawah tanah manakala selebihnya adalah untuk bahagian bertingkat.
Seramai 404 kontraktor daripada kategori Gred 1 hingga Gred 3 telah disenarai pendek untuk anugerah tersebut.
Pengundian telah dijalankan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Dato’ Haji Mokhtar Samad, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Tukiman Radion, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Encik Nazli Ahmad Mahyadin, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Encik Hamidon Sajari dan wakil Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri Puan Farisyah Fahmi Mohd Ibrahim.
Sesi pengundian untuk memilih kontraktor bumiputera bagi MRT Laluan SSP akan diteruskan sehingga penyerahan laluan yang dijangka pada tahun 2022.
| Gred Kontraktor | Kontraktor Yang Dianugerahkan | Skop Kerja | Pakej Kerja |
| G1 |
D NAZ HIAZ ENGINEERING & CONSTRUCTION |
Pembinaan dan Penyiapan Asas Menara Kren di Syaf Pelancaran Bandar Malaysia Utara
|
Bawah Tanah |
| G1 |
HASLIM BINA ENTERPRISE |
Membekal dan Memasang Lembaran Logam pada Parapet sedia ada di Lebuhraya MEX | Bertingkat |
| G1 |
ZUL KARYA SERVICES |
Menyediakan Buruh dan Bahan Binaan Untuk Menjalankan Penyelenggaraan Bulanan dan Servis Penyaman Udara di Seri Gembira Avenue | Bertingkat |
| G2 |
MN POWER SERVICES |
Pembinaan dan Penyiapan Tangga Kecemasan di Hospital Kuala Lumpur ke Syaf Pelancaran Persilangan | Bawah Tanah |
| G2 |
H.A.S.JAYA ENTERPRISE |
Pembinaan dan Penyiapan Tangga Kecemasan di Syaf Pelancaran Titiwangsa | Bawah Tanah |
|
SERI BUDIMAN ENTERPRISE |
Pembinaan Asas Loji Sementara di Syaf Pelancaran Conlay – Fasa 2
|
Bawah Tanah | |
| G2 |
KATHS ENGINEERING & CONSTRUCTION |
Pembinaan Asas Loji Sementara di Syaf Pelancaran Conlay – Fasa 3 | Bawah Tanah |
| G3 |
ZARL –MAN ENGINEERING SDN BHD |
Pembinaan dan Penyiapan ‘Muck Pit’ di Syaf Pelancaran Bandar Malaysia Utara | Bawah Tanah |







