IA merupakan malam yang berprestij untuk MRT Corp apabila memenangi Gangsa semasa majlis Putra Brand Awards 2017 yang diadakan di Hotel Majestic pada 2 November 2017.
Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Dato’ Haris Fadzilah Hassan telah menerima anugerah itu bagi pihak MRT Corp yang menang dalam kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan
Majlis tersebut bermula dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Encik Andrew Lee diikuti oleh penyampaian cenderahati kepada para penaja majlis.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros kemudiannya memberikan ucapaan sebelum menjemput para hadirin untuk menjamu selera yang diikuti oleh penyampaian anugerah.
Dilancarkan pada tahun 2010, Putra Brand Awards merupakan inisiatif 4As untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa.
Anugerah ini disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA).
Dengan menggunakan kaedah penyelidikan pengguna tegar, seramai 6000 para pengguna di Malaysia terlibat dalam menentukan jenama kegemaran Malaysia di dalam pelbagai kategori melalui platform digital.
Soal selidik ini meneroka pilihan dalam prestasi jenama berdasarkan empat faktor; tanggapan jenama, niat untuk membeli produk jenama berkenaan, jenama pilihan terpaksa dan juga jenama yang disyorkan oleh para responden kepada rakan mereka.
Secara keseluruhannya, ia merangkumi perkaitan, keyakinan, pembezaan dan pertumbuhan jenama-jenama ini.
Terdapat 24 kategori terdiri daripada pakaian, peranti komunikasi, pembangunan hartanah dan sebagainya telah dikaji selidik yang mana setiap kategori dianugerahkan dengan Emas, Perak dan Gangsa.



