IA merupakan hari yang penuh dengan kejayaan untuk Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) pada hari Sabtu, 25 Februari 2017 apabila telah menjuarai pertandingan Global Markets Running Man 2017.
Pertandingan anjuran Maybank ini telah melibatkan 17 pasukan dari 16 organisasi yang berlainan dalam pertandingan yang mencabar ini di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.
MRT Corp telah diwakili oleh lima orang tenaga kerja dari pelbagai jabatan.
Mereka telah mengharungi beberapa aktiviti berpasukan, cabaran fizikal dan mental dalam pertandingan tersebut.
Maybank menganjurkan pertandingan sebegini untuk mengekalkan hubungan positif dengan para pelanggan mereka. Penyertaan MRT Corp dalam pertandingan begini juga dapat menggalakkan organisasi tersebut dan juga meningkatkan kesedaran mengenai perkhidmatan mereka.



