USAHAWAN muda Babson College USA, baru-baru ini telah menyertai satu sesi taklimat bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Dato’ Najmuddin Abdullah untuk meninjau operasi dan pembangunan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Diadakan di Pusat Informasi MRT Jalan Ipoh pada 24 Mac 2017, sesi ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan ‘pendidikan keusahawanan’ kerana UNIRAZAK merupakan perkongsian eksklusif dengan Babson College melalui model dan program pembangunan keusahawanannya.
Para pelajar sangat berminat dengan perbincangan tentang cabaran dan peluang yang telah dihadapi oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) sepanjang keseluruhan pembangunan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).
Turut bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp Dato’ Najmuddin Abdullah pada sesi itu ialah Pengurus Kanan Bahagian Integriti MRT Corp Muhammad Sree Abdullah yang membincangkan tentang kepentingan mempunyai jabatan integriti di dalam sebuah organisasi dan juga betapa pentingnya peranan individu sebagai pengadu (whistle blower).
Sesi ini diakhiri dengan gambar berkumpulan dan jamuan ringan yang telah disediakan untuk mereka di Pusat Informasi MRT Jalan Ipoh.







