Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd menyertai Pameran Hartanah Malaysia 2017 (MAPEX 2017) yang telah diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur dari 14 April – 16 April 2017.
Bertemakan “Sambungan Lebih Baik untuk Kehidupan Mampu Milik”, organisasi ini telah dijemput untuk menyertai pameran sebagai projek mega infrastruktur yang akan mengubah Greater Klang Valley.
Pengangkutan awam dan projek mega infrastruktur seperti Projek MRT mengubah bandar-bandar bagi penduduk yang kian bertambah dengan memainkan peranan penting dalam mengawal kesesakan.
Memberi ucapan semasa perasmian pembukaan, Pengerusi Pengurusan dan Bekas Presiden dan Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia MAPEX 2017 Datuk Ng Seing Liong berkata, “MRT yang telah dilancarkan baru-baru ini dan Projek LRT dan MRT yang akan datang mengubah gaya hidup penduduk kerana mereka akan menggunakannya untuk berulang-alik ke kerja.”
Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai merasmikan majlis dan menekankan bahawa pembangunan berorientasikan transit akan menjadi semakin bernilai bagi pembangunan negara pada masa kini.





