JEJANTAS pejalan kaki yang menghubungkan Stesen Surian MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Sunway Nexis SOHO telah dibuka secara rasminya pada Sabtu, 13 Mei 2017.
Jejantas sepanjang 80m itu merupakan jejantas pertama yang menghubungkan stesen MRT dengan pembangunan swasta bersebelahan, yang siap dibina sepenuhnya dan dibuka kepada orang ramai.
Majlis pembukaan ringkas telah diadakan di pintu masuk ke jejantas di Sunway Nexis, dengan wakil dari Sunway Group, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Badan Pengurusan Bersama Sunway Nexis dan tetamu jemputan lain.
Pembinaan jejantas ini telah dilaksanakan oleh Sunway PKNS Sdn Bhd, pemaju Sunway Nexis.
Pembukaan itu telah dilancarkan dengan acara meletupkan belon dan memotong kek berbentuk tren MRT. Ucapan yang telah disampaikan oleh Pengarah Projek, Pengurusan Projek Sunway PKNS Encik Adly Sham dan Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Encik Leong Shen-Li.
Sempena pembukaan jejantas, Sunway Nexis telah mengadakan bazaar hujung minggu yang dianjurkan oleh Caring Moms. Majlis ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Ibu.
Jejantas yang dibuka itu menghubungkan Pintu Masuk B Stesen Surian dengan Aras Satu Sunway Nexis. Dengan pembukaan jejantas itu, Sunway Nexis juga menawarkan tempat letak kereta bagi penumpang MRT sebagai kemudahan letak kereta.











