SATU kempen derma darah telah dianjurkan oleh Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) di Pusat Informasi MRT, Sri Kembangan pada 15 Mei 2017.
Kempen itu yang dianjurkan bersama dengan MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, Rakan Pelaksana Projek, telah berlangsung dari pukul 10 pagi sehingga pukul 3 petang dan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai.
Pusat Darah Negara telah menempatkan beberapa orang jururawat dan staf di Pusat Informasi MRT bagi membantu kempen tersebut.
Selain daripada makanan ringan, cenderamata MRT turut diberikan kepada 50 penderma darah pertama.

