WARGA kerja dari Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, lebih dikenali sebgai Pelancongan Malaysia, melawat Pusat Informasi MRT di Seri Kembangan pada 17 Mei 2017.
Warga kerja yang diketuai oleh Pengarah Komunikasi Korporat Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Encik Leong Shen-Li.
Delegasi yang terdiri daripada 20 warga kerja telah diberi taklimat ringkas tentang keseluruhan Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang oleh Leong. Beliau menjelaskan akan kepentingan Projek di Lembah Klang yang akan memberi perkhidmatan kepada penduduk yang semakin meningkat di sekitar kawasan itu.
Selain menyentuh tentang operasi yang sudah bermula bagi sebahagian Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, Leong juga menekankan laluan kedua MRT, Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang sedang dibina.
Selain menyediakan informasi kepada warga kerja, Leong menerangkan peranan dan perbezaan antara MRT Corp dan Prasarana Malaysia Bhd, yang merupakan operator Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Sesi ini diakhiri dengan gambar berkumpulan dan jamuan ringan yang disediakan untuk para delegasi.







