Pengundian bagi kontraktor Bumiputera untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) telah diadakan di Menara Usahawan, Putrajaya pada 25 Julai 2017.
Sesi ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya.
Lapan (8) subkontrak pakej-pakej kerja dengan jumlah nilai RM4.0 juta telah diundi untuk memilih Kontraktor Bumiputera Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia Gred G1 hingga G4 bagi kerja-kerja pembinaan Laluan SSP.
Keputusan pengundian itu adalah seperti berikut:
| GRED KONTRAKTOR | KONTRAKTOR YANG DIANUGERAHKAN | SKOP KERJA | PAKEJ KERJA |
|
G1 |
Siticom Engineering | Pemotongan Pokok termasuk Pemindahan dan Pembuangan Pokok/Tempat Penyimpanan Bahan Akar Sawit (bertentangan Menara Celcom) |
Bawah Tanah |
|
G1 |
Cassia Naga Enterprise | Pembinaan dan Penyiapan Kerja-Kerja Saliran untuk Persilangan 1 & Syaf Pengudaraan 1 |
Bawah Tanah |
|
G1 |
Keramat Jati Enterprise | Pemotongan Pokok dan Pemindahan sepanjang R.O.W Jalan Ampang |
Bawah Tanah |
|
G1 |
Kamal Hadi Enterprise | Pembinaan dan Penyiapan Perangkap Lodak di Stesen Kampung Baru Utara |
Bawah Tanah |
|
G1 |
RJR Mega Enterprise | Pembinaan dan Penyiapan Sungai Bunus di Stesen Kampung Baru Utara |
Bawah Tanah |
|
G2 |
Aliena Sya Enterprise | Pembinaan dan Penyiapan Gelanggang Serbaguna di Kuarters Pekerja |
Bawah Tanah |
|
G3 |
Kemilau Unggul Sdn Bhd | Kerja-Kerja Luaran bagi TPSS (Saliran) |
V201 |
|
G4 |
Aiman Platinum Sdn Bhd | Pembinaan bagi Pejabat Tapak Baru/Stor bagi JKR, BER dan OPD di Persilangan 1 HKL dan Syaf Pengudaraan 1 |
Bawah Tanah |
Pengundian telah dijalankan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas ‘F’ Malaysia (PERKOBF Malaysia) Encik Tukiman Radion, Pengurus Besar Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Ir. Kamarudin Mohd Saleh, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia Encik Zureen Zubir, wakil dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) Jabatan Perdana Menteri Puan Farisyah Ibrahim, dan wakil dari MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd Puan Anis Mardhiah Mukhtar.
Ketua Pegawai Integriti MRT Corp Dato’ Zainal Adam turut hadir sebagai saksi dan menyertai sesi undian itu.
Sebaik sahaja selesai pengundian, Pengurus Besar Perhubungan Bumiputera MRT Corp Encik Zarif Zainul menjelaskan bahawa para kontraktor yang telah dianugerahkan kontrak akan diberikan surat pelantikan.
Pengundian seterusnya bagi kontraktor Bumiputera akan diadakan pada bulan September 2017.





