PEMERIKSAAN AWAM RTS LINK
PENGENALAN
Rapid Transit System Link (RTS Link) adalah laluan tren ulang-alik antara Johor Bahru, Malaysia dan Woodlands, Singapura. Apabila siap, laluan ini akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan rentas sempadan yang mudah dan efisien antara Malaysia dan Singapura.
VIDEO PROJEK RTS LINK
GARIS MASA PROJEK
FAKTA & ANGKA

Panjang
4km

Stesen
2
(di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North, Singapura)

Tempat Letak Kenderaan
800 tempat letak kereta dan
1,000 tempat letak motorsikal
di Bukit Chagar

Waktu Operasi
6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam

Masa Perjalanan Tren
6 minit

Kekerapan
Waktu Puncak: 3.6 minit (Muktamad)
Waktu Luar Puncak: 6 minit (Muktamad)

Jumlah Penumpang
Dianggarkan 40,000
sehari semasa pembukaan

Kapasiti Laluan
10,000 penumpang sejam
sehala

Pertukaran ke Perkhidmatan Lain
Tren antara bandar KTM, bas, teksi, Bas Rapid Transit (BRT) (dalam perancangan)

Depoh
1 (Di Wadi Hana)
STESEN
Terdapat 2 stesen iaitu Stesen RTS Link Bukit Chagar di Bukit Chagar, Johor Bahru, dan Stesen RTS Link Woodlands North di Woodlands, Singapura. Stesen akan mempunyai sambungan yang baik dengan perkhidmatan pengangkutan awam yang lain seperti bas, teksi dan perkhidmatan kereta api seperti KTM Intercity di JB Sentral dan MRT di Woodlands North.
KOMPLEKS IMIGRESEN, KASTAM DAN KUARANTIN
Projek RTS Link merangkumi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) baru bersebelahan stesen di Bukit Chagar.
ICQ Malaysia dan CIQ Singapura akan berada di dalam bangunan yang sama.
KOMPLEKS ICQ STESEN RTS LINK BUKIT CHAGAR
SYARIKAT INFRASTRUKTUR RTS LINK
Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), anak syarikat milik penuh Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd adalah syarikat infrastruktur sivil Malaysia (InfraCo) untuk RTS Link. MRTS akan membina dan memiliki infrastruktur sivil RTS Link di bahagian Malaysia.
PENGENDALI RTS LINK
RTS Link akan dikendalikan oleh RTS Operations Sdn Bhd (RTSO). Syarikat ini adalah Syarikat Operasi Bersama antara Prasarana Malaysia Berhad dari Malaysia dan SMRT Corporation Ltd dari Singapura.