KorporatMRT CorpPolisi Pemberi Maklumat

Polisi Pemberi Maklumat

Sebagai sebuah projek kebangsaan yang berprofil tinggi, MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan warga kerjanya sangat komited kepada standard etika dan tatalaku di pejabat. MRT Corp juga komited untuk memberi maklumat dan fakta yang tepat, sebagai panduan kepada Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan, pemegang-pemegang saham dan pihak berkepentingan yang lain dalam membuat keputusan.

MRT Corp perlu mengekalkan sebuah tempat kerja yang mengamalkan pentadbiran korporat yang baik dan menjunjung integriti dalam semua aktiviti-aktiviti operasi dan urusan perniagaannya. Untuk mencapai objektif ini, Syarikat menggalakkan semua pihak yang berkepentingan dan warga kerjanya untuk melaporkan segala kejadian salahlaku atau yang disyaki berlaku, yang melibatkan warga kerja MRT Corp dan aset-asetnya.

Muat Turun Borang Polisi Pemberi Maklumat Muat Turun Polisi Pemberi Maklumat

Profil Korporat
 

Baca lagi

Perjanjian Integriti
 

Baca lagi

 

LAPORAN TAHUNAN
 

Baca lagi